Subscribe News Feed Subscribe Comments

Salam bloggers~!!

'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.... Dia datangkan petir dan kilat... kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar..... tetapi... rupanya-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...'

♣ Selamat Hari Raya ♣

Salam bloggers~!!

Di kesempatan yang sementara ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam di dunia ini. Buat teman-teman dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, haraf segala kesilapan zahir dan batin dapat dimaafkan.

Semoga ketemu lagi.

Notahariraya: Raya kali ini tema turqoise. Yey =)

♣ Ruang ♣

Salam bloggers~!!

Aku perlukan ruang untuk berfikir dan bertenang.


Notakaki : Ruang ada tapi hanya serabut yang aku nampak.

♣ Final Destination 4 ♣

Salam bloggers~!!

Baru pulang dari bersuka ria bersama geng SENGAL. Haha. Kami dengan bangganya pergi menonton Final Destination 4.

Kritikan aku hanya satu >> sangat MENGECEWAKAN. Tak seperti FD yang sebelum-sebelum ni lebih menarik. Aku bagi 3 bintang dari 5.

Notakaki : Cara menghilangkan tension selalunya dengan mengeluarkan duit. Huh

♣ September ♣

Salam bloggers~!!

Hari ini, September datang bersama hujan renyai yang sangat mendamaikan hati. Mungkin untuk membersihkan apa sahaja yang berlaku di Ogos.


Notakaki : Kenapa masa semakin cepat berlalu,,,,

♣ Pilihan ♣

Salam bloggers~!!

Antara

1. selalu ada tapi kurang memahami

dan

2. selalu tiada tapi memahami

Mana kamu akan pilih?



Notakaki : Kadangkala jangan diberi pilihan sebab sukar hendak memilih.

♣ Tag by Safura ♣

Salam bloggers~!!

Yeah aku mahu langsaikan hutang yang panjang ini. Tag dari Fura. Aku rase nak sepak muntut beliau kerana tag yang begitu panjang. (T.T)

1. Bekas kekasih saya adalah
Kekasih??? Apakah itu??

2. Saya sedang mendengar
Azan isyak dari surau kolej.

3. Mungkin saya patot
Berhenti menjawab tag ini dan sembahyang dahulu.

4. Saya suka
Berhibur.

5. Sahabat-sahabat baik saya
Sapa yang baik dengan saya.

6. Saya tak paham
Kenapa setiap kali exam bagi soalan susah-susah, bila tak dapat A kena marah.

7. Saya kehilangan
Waktu tidur bila terpaksa membuat keje yang paling tidak disukai semalaman.

8. Ramai yang berkata
Kau kerek.

9. Makna nama saya
Tunggu aku beli kamus makna nama aku bagi tau.

10. Cinta itu adalah
Sebuah perasaan.

11. Di suatu tempat seseorang sedang
Bersendawa kekenyangan.

12. Saya akan cuba
Menjawab tag ini sehingga habis.

13. Ayat selamanya bermaksud?
Dulu, kini dan akan datang.

14. Telefon bimbit saya
Sedang koma kerana kehabisan bateri.

15. Bila saya terjaga dari tidur
Tengok tingkap.

16. Saya paling meluat apabila
Melihat orang yang memeluatkan.

17. Pesta/party adalah
Bertentangan dengan kenduri doa selamat mahupun kenduri tahlil.

18. Haiwan yang paling comel pernah saya temui
Tak suka haiwan,, tak ada masa untuk temui haiwan.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan dalam hidup saya
Selamanya seronok dan berharga.

20. Hari ini
Puasa sudah 3 hari.

21. Malam ini saya akan
Bangun sahur.

22. Esok pula saya akan
Bangun lewat kerana kuliah petang.

23. Saya betul-betul inginkan
Sebuah kejayaan.

24. Ketika saya melihat wajah saya dihadapan cermin pagi ini
Oh mata aku jadik seperti mata beruang.

25. Pusat membeli-belah atau arked mainan
Pusat membeli-belah.

26. Makanan Barat atau Jepun
Spaghetti dan sushi.

27. Bilik yang terang atau gelap.
Terang.

28. Makanan segera adalah
Sedap tapi tak sihat.

29. Ayat terakhir anda katakan pada seseorang
Nak pergi toilet.

30. Sape anda mahu tag
Tiada siapa.

Notakaki : Apakah fungsi persoalan yang banyak???

♣ Tag by Mimie ♣

Salam bloggers~!!

Mau bayar hutang sama itu oran, Mimie. Thanks for this tag.

1. Nama timangan anda.?
aku sudah tidak boleh ditimang, jadi tidak perlu nama timangan.

2. Anda seorang yang ....
biasa.

3. Insan yang teristimewa?
keluarga dan rakan.

4. Lagu kesukaan?
semua lagu yang aku suka.

5. Makanan kesukaan?
semua makanan yang orang belanja aku suka.

6. Sikap yang buat anda stress?
sikap yang boleh bagi aku stress.

7. Warna kegemaran?
putih always.

8. Barang yang mesti ada dalam beg?
kalau beg pon aku takde macam mane?

9. Kali terakhir anda menangis?
minggu lepas.

10. Tag untuk enam rakan anda?
saya
tak
mahu
tag
sesiapa
pun.

Notakaki : Kadang-kadang diam pun adalah satu jawapan.

♣ Ramadhan ♣

Salam bloggers~!!


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BAGI SEMUA UMAT ISLAM DUNIA.


notakaki : aku harap zaman kegelapan aku sudah berakhir dan kini aku mula merangkak dan memastikan aku akan berdiri dan terus berlari. amin.

♣ Maruah Seorang Lelaki ♣

Salam bloggers~!!



Ini kisah benar. Kisah di mana seorang lelaki yang sentiasa hanya duduk menanguk di tingkap rumah sementara isterinya pergi bekerja. Kisah di mana seorang suami yang buncit kerana hasil pencarian isteri. Kisah seorang ayah yang senantiasa bergoyang kaki sementara si ibu bersusah payah mendidik anak-anak. Aku panggil lelaki tak guna.

Aku selalu berfikir positif bila terlihat lelaki tak guna ini. Aku fikir, dia akan berubah. Tapi sampai ke sekarang aku tengok tidak juga berubah. Bukankah lelaki itu selalunya dipanggil sebagai ketua keluarga? Tapi laki tak guna ini aku rasa layaklah dipanggil sebagai ketua tingkap sahaja selaras dengan kerjaya beliau yang hanya termenung di tingkap rumah beliau. Serius aku menyampah. Ayah aku menyampah. Mak aku menyampah. Angah menyampah. Abang menyampah. Adik aku pun menyampah. Jiran-jiran sudah pasti ada juga yang meluat.

Bagaimana isteri beliau dapat bertahan dengan perangai laki tak guna itu? Aku sekeluarga yang melihat pun sudah tidak tertahan. Begitu menjelikkan. Sumpah, aku teringin nak punch muka lelaki itu. Huh. Kalau begini perangai seorang suami, lebih baik perempuan itu hidup menjanda. Kalau macam ini perangai seorang ayah, lebih baik anak-anak itu hidup meyatim.

Jika jawapannya "dah sayang, nak buat macam mana" ataupun "demi anak-anak", aku rasa mereka telah salah ertikan apa itu kasih sayang. Adakah sayang itu wujud jika seorang lelaki bersikap begitu? Jika benar itulah maksud kasih sayang, mungkin lebih baik kita hidup dalam dunia yang tidak langsung wujudnya perasaan ini. Sayang konon! Sayang yang membinasakan diri sendiri.

Sudahlah begitu dayus, bercampur dengan masyarakat pun tidak. Mungkin dia hanya taksub dengan dunia tingkap beliau. Mungkin juga dia merasakan "apa guna aku campur masyarakat sedangkan bini aku saja yang bagi aku makan". Ini andaian aku. Tidak pernah aku terfikir untuk mengetahui apakah pegangan sebenar lelaki ini. Takut pengsan bila mengetahuinya. Tengok keadaan sekarang pun sudah hampir pengsan.


Notakaki : Kemunginan maruah beliau telah diambil oleh monyet-monyet di kawasan perumahan aku.

♣ Filem ♣

Salam bloggers~!!

Semalam, adalah suatu hari yang penuh dengan gelak ketawa dan aksi. Oleh kerana cemburu bila tahu ramai sudah tengok Setem dan memberi ulasan yang baik, aku percaya filem ni mesti best giler. Hahaha. Habis kelas rancangan mahu membuat assignment tergendala. Ikut rasa hati, terus booking tiket 3 keping untuk Setem kat Alamanda.



Memang sangat, sangat menarik! Tak rugi aku pergi tengok. Padahal aku jarang tengok movie melayu di panggung. Mungkin aku fikir tak berbaloi. Tapi Setem aku suka sebab menunjukkan kita, bagaimana perangai manusia bila semuanya inginkan duit.

Lepas habis tengok Setem, rancangan awal kami mahu shopping sekejap dan makan. Tapi lepas tu, hati dan mata asik terpandang poster GI Joe jek. Hahaha. Bile mahu beli tiket, mereka kata dua-dua panggung full. Cuma tgu reservation release la. Itu pon hanya ada sebaris sahaja. Apa lagi, dengan kecekapan aku beratur di "release queu", kami bertiga dapat tempat best dalam panggung.



Cerita ni sangat masyuk! Penuh aksi! Dalam GI Joe, ada melibatkan 3 kisah pembalasan dendam. Cerita ni aku bagi 9.5/10. Memang sangat tiptop!


Notakaki : Seronok dan penat. Duit habis. (T___T)

♣ Tag by Alia ♣

Salam bloggers~!!

Aku hendak bayar hutang tag Alia Ary. Killer nye soalan tag kamu nh Alia. (T___T)

Senaraikan sepuluh ciri-ciri lelaki/wanita yang menjadi idaman korang. Lepas tu tag lima orang yang korang rasa nak tag.

1. Lelaki itu tidak perlu flexible dalam jantinanya, bermaksud wajib sejati.

2. Lelaki yang tidak menghisap rokok. Hisap rokok sebelah aku, lempangan bakal hinggap di pipi.

3. Lelaki yang tidak becok. Baru nampak matang. Hahaha. (kenalah berbeza sket dengan perangai aku yang banyak mulut, (T___T))

4. Lelaki yang perlu sama dengan aku, sentiasa menjalankan kempen tidak suka durian.

5. Lelaki yang perlu rajin bekerja. Aku tak suka tengok lelaki yang duduk tidak bekerja dan hanya makan hasil pencarian isterinya. Sangat sadis!!

6. Lelaki yang pembersih. Sumpah sakit mata bila tengok muka lelaki yang dihiasi misai dan juga jambang berterabur. *Haishh*

7. Lelaki yang normal dan tidak mempunyai kuasa2 paranormal. Oh tak sanggup berjumpa dengan orang luar biasa.

8. Lelaki yang pandai bermain gitar. Kenapa lelaki yang pegang gitar nampak sangat cool? Walaupun mereka hanya pegang dan tidak tau bermain. *Gila*

9. Lelaki yang tetap pendirian. Sangat menyampah tengok orang yang begitu senang berubah pendirian.

10. Lelaki yang memahami keadaan. Bila aku tidak mempunyai mood yang bagus dan ada orang cuba berlawak bodoh, secara automatiknya aku akan termaki sedikit.

JDG, will you marry me?

Aku hendak tag :

Safura
Jiha
Zack
Khai
Fatheen

Kepada sesiapa yang ingin menjawab dipersilakan.

Notakaki : Belajar menerima kelemahan dan kelebihan orang.
 
Selipar Malaysia Ok! | TNB